PHONE MASUK AIR? APA YANG KORANG KENA BUAT???
Walaupun sekarang kita tengok banyak telefon pintar memiliki pengiktirafan kalis air IP67 atau IP68, itu juga tidak menentukan phone tersebut kalis air sepenuhnya. Terdapat juga peranti yang tidak memiliki pengiktirafan kalis air IP67 atau IP68 tetapi biasanya peranti-peranti tersebut dari tahun-tahun yang jauh ke belakang.
Seperti yang disebut, walaupun kebanyakan peranti kini memiliki pengiktirafan kalis air IP67 atau IP68, tetapi peranti tersebut masih boleh rosak sekiranya dimasuki air. Nampaknya kita tak bolehlah percaya 100% peranti tersebut boleh kalis air sepenuhnya walaupun memiliki pengiktirafan tersebut.
Pernahkah korang tak sengaja jatuhkan phone dalam air? Tertumpahkan air atas phone? Konfem korang rasa gelabah, panik kan? Untuk posting kali ni, kita nak kongsikan beberapa tips yang korang boleh buat kalau phone termasuk air.
1. Jangan cuba-cuba nak hidupkan phone lepas terjatuh dalam air
Setelah phone korang dah terjatuh dalam air, tidak digalakkan untuk terus hidupkan phone tu sebabnya dikhuatiri komponen-komponen dalam phone telah terkena air dan akan mengalami kerosakan selepas dihidupkan.
Sekiranya phone korang masih hidup setelah dikeluarkan dari air, digalakkan untuk korang off terus phone tu untuk mengelakkan apa-apa yang lebih teruk berlaku.
2. Keluarkan kad mikroSD dan kad SIM dari phone
Kalau phone korang ada kad SIM dan kad mikroSD, pastikan korang segera keluarkan dari phone supaya dapat membantu korang untuk mengeringkan phone dengan lebih baik. Selain itu, mengeluarkan kad mikroSD dan kad SIM dari phone dapat mencegah dari berlakunya pengaratan.
3. Cuci phone korang dengan bersih sekiranya ada kotoran
Sekiranya phone korang ada terjatuh dalam air yang manis, gulai kari atau apa saja pastikan lalukan sahaja air dan elakkan dari basahkan phone secara berlebihan dan bukannya merendamkan phone dalam air untuk bersihkan kotoran. Jika kotoran tidak begitu serius, gunakan kain lembab dan lap phone sehingga bersih.
4. Keringkan luaran phone menggunakan kain kering
Keringkan phone korang menggunakan kain yang kering dan bersih atau tisu kering untuk pastikan tiada lebihan air pada phone. Selain itu juga, elakkan juga dari menggunakan objek yang berbahaya untuk membersihkan port charging atau lubang audio jack kerana dikhuatiri akan mengundang kerosakan.
5. Biarkan phone kering sekurang-kurangnya selama 24 jam
Biarkan phone kering dengan sendiri at least untuk tempoh 24 jam. Korang juga boleh guna vacuum cleaner tekanan sederhana untuk sedut lebihan air tapi tidak digalakkan untuk keringkan phone guna hair-dryer kerana boleh merosakkan phone.
Korang juga boleh letak phone dalam kotak kecil disertakan dengan pek silica gel untuk menyerap air dari phone sebagai langkah terakhir. Ada juga yang guna teknik letak dalam beras tetapi keberkesanan tu agak diragui.
Sekiranya langkah-langkah di atas masih tidak dapat membantu menghidupkan phone korang, boleh bawa phone korang ke Gila Gadgets untuk kita bantu selamatkan dari rosak yang lebih teruk. Technician berpengalaman kami boleh cuba bantu selesaikan isu water damage pada phone korang.
Semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada korang. Jangan lupa follow Facebook dan Instagram Gila Gadgets sekali tau. Nak cuci-cuci mata? Singgah la di Shopee Gila Gadgets. Jumpa next posting!



Comments
Post a Comment